|
UNTUK DISIARKAN SERTA MERTA
AVENUE INVEST MELANCARKAN DANA SERANTAU
Tarikh : Rabu, 25 Julai 2007
Avenue Invest Berhad (“AvIB”), sebuah syarikat kepada ECM Libra Avenue Group, sukacitanya mengumumkan pelancaran dana terkini mereka, Avenue Consumer and Leisure Asia Fund (“ACLAF”). ACLAF adalah dana serantau bertema dan akan fokus kepada salah satu cerita perkembangan terpenting pada abad ke 21 – iaitu perkembangan populasi kelas menengah di Asia.
Asia telah mengalami perkembangan pesat dalam populasi kelas menengah di mana pendapatan boleh guna (disposable income) telah meningkat. Sektor yang berkaitan dengan penggunaan dan riadah dijangka menjadi penguntung utama dari halatuju ini dan Dana ini akan melabur di sub-sektor yang berkaitan. Ini merangkumi perniagaan runcit, hotel, resort, eletronik pengguna dan produk kehidupan sehingga hartanah, perbankan, produk kesihatan dan pendidikan.
ACLAF adalah Dana Unit Thrust serantau yang terbuka*, yang menawarkan pelabur pelbagai pelaburan yang berkualiti tinggi dengan melabur sektor yang terdedah kepada pengguna dan riadah di Asia. Dana ini akan menjadi proksi kepada pertumbuhan prospek di sektor yang berkembang pesat yang dijangka akan menjadi penguntung utama dari peningkatan pendapatan boleh guna di rantau ini. Dana ini akan melabur ke syarikat tersenarai yang mempunyai perniagaan di China, India, Hong Kong, Indonesia, Korea, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, Malaysia and Jepun.
Dana ini yang mempunyai dana diluluskan sebanyak 300 juta unit, akan dijual dengan harga permulaan sebanyak RM0.50 se unit sehingga 7 Ogos 2007. Dana ini akan diukur dengan piawaian Morgan Stanley Capital International All Country Asia Consumer Discretionary Index.
Mr. Tan Jin Teik, Pengarah Urusan AvIB berkata “Pelancaran Dana ini tepat pada masanya, memandangkan pelabur berpeluang untuk memperolehi keuntungan daripada demografi rantau Asia yang amat memberangsangkan. Kita melihat kadar pembandaran yang tinggi dan pembentukan rumahtangga di kebanyakan negara-negara Asia, dan pendedahan yang semakin besar kepada cara hidup yang mendukung penggunaan, khususnya di kalangan tenaga kerja muda. Semua ini berlaku di kawasan di mana pertumbuhan ekonomi dijangka akan terus berkembang maju untuk tahun-tahun yang akan datang. Percantuman halatuju positif ini menjadikan pelaburan ini amat menarik dan menguntungkan. Inilah ACLAF ”
“Tambahan lagi, pelancongan serantau kini sedang berkembang di mana pelaburan besar terhadap pusat tarikan bertaraf dunia telah dilakukan di Asia. Dengan peningkatan kekayaan, cara hidup juga sedang berubah. Penekanan ini tertumpu kepada riadah, hiburan, pelancongan, fesyen dan semua perkara yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan pengguna.” Tambah beliau.
Mr. Tan Jin Teik yang mempunyai pengalaman selama lebih dari 15 tahun dalam industri pelaburan, akan dipertanggungjawabkan dalam pengurusan dana ini.
Pelancaran Dana ini akan disempurnakan oleh Datuk Kamarudin Md Ali, Pengerusi AvIB pada satu program di Kuala Lumpur petang ini.
*The underlying value of the assets is always directly represented by the total number of units issued multiplied by the unit price less the transaction or management fee charged and any other associated costs.
|